Kelas Tuisyen Percuma Sains dan Matematik (eKelas)

3 Mac 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 2 Mac 2019 yang lepas, seramai 46 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar Tahun 6, Tingkatan 1 sehinggalah Tingkatan 5 telah menghadiri kelas Matematik dan Sains yang bertempat di bilik latihan Pusat Internet Kg. Bandong.

Kelas tersebut bermula pada pukul 10:00 pagi dan berakhir pada pukul 6:00 petang mengikut jadual yang telah ditetapkan. Para pelajar berpeluang berinteraksi dengan guru melalui sesi eCikgu dan mempertingkatkan lagi pengetahuan Matematik dan Sains melalui latihan dalam kumpulan yang diberikan.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali